Nad Zainal Saya Bukan Mahu Aibkan Sesiapa



Tidak mahu perkara menjadi lebih teruk, pelakon Nad Zainal yang kini dilanda kontroversi atas dakwaannya terhadap bekas pengurusnya, Along Zuren, Nad mengambil tindakan untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Kalau boleh saya enggan mengulas lanjut berhubung hal ini kerana ia adalah salah faham semata-mata dan ada pihak yang cepat melenting. Saya tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa kerana bukan saya yang mencari wartawan sebaliknya mereka yang mengajukan soalan berhubung isu itu”


“Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka ia menjadi isu berbangkit. “Saya tidak akan melatah dan membalas kenyataan yang dibuat oleh dia (bekas pengurus). Banyak yang perlu saya uruskan dan saya tiada masa untuk memanjangkan isu ini,” jelas Nad kepada BH Online.

Sementara itu sebelum ini, bekas pengurus Nad pernah menjelaskan bahawa dia sendiri sebenarnya sudah cukup lama berdiam diri dan tindakan Nad menuduhnhya melarikan duit di Melodi, membuatkan dia hilang sabar.

Previous Post Next Post