Peminat Restui Hubungan Ariz Forteen Dan Zulin Aziz



Jika sebelum ini ada peminat yang sanggup menuduh Zulin Aziz telah menggunakan khidmat bomoh semata-mata untuk memenangi hati Ariz Forteen, kini segalanya berubah apabila lebih ramai peminat mendoakan mereka bahagia bersama dan cepat disatukan sebagai suami isteri.

“Bayangkan daripada tak suka, benci dan mengecam kemudian kami disuruh kahwin. Bukankah seputar 360 darjah terbaliknya? Kalau nak tahu, setiap video atau gambar yang kami muat naik dalam laman sosial, pasti akan ada perkataan kahwin itu di ruangan komen”


“Saya dan Ariz jadi hairan macam mana mereka boleh berubah fikiran pula sedangkan awal-awal dulu bukan main mengecam kami berkawan,” kata Zulin kepada Utusan Malaysia sambil menyatakan dia menerima ‘restu’ peminat itu kini kerana menganggap lebih baik daripada menerima kecaman negatif.

Bagaimanapun, bagi Ariz mereka hanya sekadar berkawan dan oleh kerana mereka sering dilihat bersama menyebabkan ramai yang menyatakan mereka bercinta. Kawan atau bercinta, semoga hubungan Ariz dan Zulin akan diakhiri dengan sesuatu yang positif.

Previous Post Next Post