Tasha Shila upah samseng pukul bekas teman lelaki?


Foto laporan polis dan mangsa yang didakwa dipukul.

SEORANG wanita mendakwa seorang Tasha Shilla telah mengupah beberapa lelaki untuk memukul teman lelakinya yang juga merupakan bekas teman lelaki artis tersebut.

Menerusi laman Instagram seorang wanita mengatakan sedang membuat laporan polis berikutan kejadian itu.

"Do report polis now (sedang buat laporan polis sekarang). Kau tunggu nasib kau. Kau yang datang serang kami lepas tu hantar 40 orang pukul BF (teman lelaki) aku. Kau memang takkan selamat la betina," kata wanita berkenaan.


Bersama-sama perkongsian tersebut, sebuah foto yang menunjukkan seorang lelaki lelaki bertatu membuat laporan polis juga dimuatnaik.

Kejadian tersebut kini viral di laman sosial di mana netizen berteka-teki siapakah artis wanita yang didakwa mengupah kaki pukul berkenaan.

Previous Post Next Post