Ummi Nazeera: Zizan Razak Hanya Kawan Saya



Terpalit dengan kontroversi bersama Zizan walaupun hanya keluar makan bersama, Ummi Nazeera melalui Utusan Malaysia menjelaskan bahawa dia dan juga Zizan Razak hanyalah rakan biasa dan tidak ada hubungan istimewa terjalin antara mereka.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Bagi saya, yang diperkatakan oleh orang itu sebagai satu andaian yang tidak menjelaskan apa-apa. Terus terang saya katakan antara saya dan Zizan hanya sekadar kawan industri dan tak lebih daripda itu”


“Tiada sebarang hubungan istimewa antara kami seperti yang diperkatakan sebelum ini. Saya anggap ini benda biasa yang perlu diharungi. Tapi tak perlulah memperbesarkan-besarkan cerita ini lagi,” jelasnya.

Tambah Ummi, dia tidak mahu perkara tersebut diperkatakan kerana mahu terus fokus di dalam kerjayanya selain menyatakan dia tidak akan bercinta sebelum berkahwin seperti apa yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Previous Post Next Post