Video Aksi Terkangkang Nad Zainal Depan Anak Yatim



Bekas pengurus Nad Zainal, Alog Zuren berang dengan tuduhan pelakon itu bahawa dia melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya.

Sehubungan itu, dia telah memuatnaik satu video menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan dan tidak mempedulikan anak-anak yatim dalam satu program yang dianjurkan oleh kelab peminatnya.

Menerusi BH Online, bekas pengurus itu mendakwa sudah hilang sabar dengan Nad.






"Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi.

Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas.

Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini."

Video yang dimuatnaik oleh Aloq jelas menunjukkan Nad asyik bermain telefon dan tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya.



Previous Post Next Post