Chen Dikatakan Mahu Keluar EXO?



TAHUN ini, agensi SM Entertainment pasti akan mengkaji semula kontrak yang dibuat bagi kumpulan EXO.

Menurut salah satu laporan media di China, selepas Kris, Luhan dan Tao, seorang lagi ahli EXO iaitu Chen akan keluar daripada kumpulan itu.


Bagaimanapun Chen pernah membuat kenyataan menerusi portal Allkpop bahawa dia akan menjadi penyanyi solo sekiranya mempunyai pencapaian yang banyak dalam EXO.

Jejaka berusia 23 tahun itu mempunyai kekuatan vokal yang sangat mantap dan mampu mengalahkan ahli lain iaitu Baekhyun mahupun D.O.

Malah Chen pernah menyanyikan lagu tema bagi drama It's Okay, That's Love.

Previous Post Next Post