Kardashian, West tidur berasingan


KANYE West (kiri) dan isterinya, Kim Kardashian.

PASANGAN selebriti, Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan mula tidur di bilik berasingan.

Sumber terdekat keluarga itu memberitahu, segala-galanya bermula sebaik Kardashian mengandungkan anak kedua baru-baru ini.

“West dilaporkan tidak cukup rehat apabila Kardashian seringkali terjaga setiap malam.


“Meskipun kasihan dengan situasi isterinya, West tidak memiliki pilihan lain selain tidur di bilik berasingan gara-gara memerlukan rehat yang mencukupi,” kata sumber itu.

Pasangan itu mula berpacaran sekitar 2012 sebelum akhirnya mendirikan rumah tangga pada 24 Mei tahun lepas.

Mereka turut memiliki seorang anak perempuan iaitu North West yang kini berusia dua tahun.

Previous Post Next Post