Shah Rukh Khan Kembali Aktif Di Instagram


Shah Rukh Khan kembali aktif di laman sosial Instagram.

SELEPAS dua tahun menghilangkan diri dalam dunia maya, pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan kembali aktif di laman sosial Instagram.

Pelakon filem Badshah itu dalam satu status terbaharu memberitahu punca dia tidak aktif sepanjang tempoh itu kerana terlupa kata laluan.


"Saya terlupa kata laluan Instagram dan sebab itu saya tidak memuat naik sebarang gambar," katanya.

Shah Rukh turut memuat naik gambar terbaharunya dan mendapat hampir 10,000 tanda 'like'.



Instagram: @iamsrk

Previous Post Next Post