Berita Pekin Ibrahim meninggal dunia palsu



PELAKON, Pekin Ibrahim tampil menafikan mengenai berita bahawa dia telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman mikro Twitter hari ini.

Pekin yang ternyata terkejut dengan berita palsu tersebut memberitahu tweet mengenai berita kematiannya tersebar luas sehinggakan ada yang memuatnaik gambar untuk mengucapkan takziah.

"Berikutan penyebaran berita palsu itu, telefonya tidak pernah berhenti menerima panggilan," katanya.


Tambah pelakon filem Bunohan ini lagi, dia terpaksa menelefon ibunya di kampung bagi memaklumkan mengenai berita palsu itu.

"Berderau darah saya apabila diberitahu mengenai hal ini. Saya terpaksa menelefon ibu di kampung agar dia tidak terkejut dengan berita ini.

"Saya sendiri lemah semangat apabila diberitahu mengenai berita palsu kematian saya, ini pula ibu yang sudah berusia," ujarnya dipetik BH Online.

Pekin turut mengakui terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyalahguna media sosial bagi menyebarkan berita palsu.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »