Ezad Lazim selamat timang anak kedua


Ezad Lazim dan isteri, Nor Azeana Ramli.

ISTERI kepada penyanyi Ezad Lazim, Nor Azeana Ramli yang menghidap ketumbuhan selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Hospital Ampang hari ini.

"Alhamdulilah anak lelaki saya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah. Cuma saya sedang menunggu perkembangan isteri kerana dia mengalami pendarahan yang banyak," kata Ezad dipetik Harian Metro.


Nor Azeana sebelum ini nekad mahu melahirkan anak edua mereka walaupun disahkan mengidap ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST).

Azeana disahkan mengidap ketumbuhan selepas melakukan pemeriksaan sebaik pulang mengerjakan umrah pada Februari lalu selepas sering mengalami sakit perut.

Pasangan ini bernikah pada 30 Mac 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Rania Keisha yang kini berusia dua tahun.

Previous Post Next Post