Hala tuju cinta Kate Hudson, Nick Jonas


KATE HUDSON

Mengejutkan tetapi hubungan mesra yang terjalin antara aktres terkenal, Kate Hudson dengan salah seorang adik-beradik Jonas Brother, Nick Jonas bukan lagi rahsia.

Kisah ‘cinta’ mereka pertama kali dilaporkan awal bulan ini. Pasangan yang berbeza jurang usia 13 tahun itu dikatakan mula bersama sejak beberapa bulan lalu. Namun, walau selepas hanya beberapa bulan bersama, wanita berusia 36 tahun itu dikatakan sudah bersedia untuk terbuka tentang hubungan mereka kerana telah jatuh cinta dengan penyanyi yang berumur 23 tahun tersebut.


Malah, pada 19 Oktober lalu, seorang sumber memberitahu, Hudson tidak memandang jarak usia mereka sebagai satu masalah.

“Dia tidak merasakan satu kesalahan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda daripanya. Dia sukakan hal itu kerana berasa muda juga,” ujar sumber tersebut.

Biarpun media sudah mula memainkan banyak kisah ‘percintaan’ mereka, baik Hudson mahupun Nick belum memberi sebarang kenyataan rasmi.

Nick dalam satu temu bual bersama sebuah stesen radio mengulas kisah peribadinya dengan berkata: “Saya simpan banyak perkara peribadi untuk diri sendiri. Internet adalah tempat yang boleh menukar satu benda kecil menjadi luar biasa besar.”

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »