Scha enggan berpisah dengan anak



SEBAGAI ibu bapa, pastinya waktu bersama anak dan melihat anak membesar di hadapan mata adalah saat paling bernilai.

Begitulah yang diakui sendiri selebriti, Scha Alyahya apabila sering membawa anaknya, Lara Alana ke tempat kerjanya.

“Jika boleh saya tidak mahu terpisah dengan anak saya. Oleh itu jika ada kerja yang membolehkan bawa anak, saya akan bawanya sekali bersama pembantu.

“Kerana sebagai ibu bapa, saya akan berasa serba salah apabila meninggalkan anak di rumah,” katanya kepada Zass.


Scha mengakui, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mengeluh penat apabila membesarkan anaknya itu yang kini berusia setahun tiga bulan.

“Tidak ada istilah penat. Kerana apabila balik kerja, melihat sahaja mukanya, segala penat itu hilang.

“Mungkin kerana kami ada pembantu rumah yang juga penjaga Lara, kerja di rumah dan menguruskan anak tidak menjadi tugas berat.

“Kami faham sekiranya ada ibu bapa yang sedikit letih membesarkan anak-anak kerana faktor tiada pembantu, segalanya perlu diuruskan sendiri,” katanya.

Scha turut berkongsi caranya untuk mengajar Lara mengenal ibu bapanya.

“Lara akan tahu kehadiran kami berdua dengan cara panggilan. Saya akan memanggil Lara dengan panggilan ‘princess’. Manakala Awal pula dengan nama Lara Alana sendiri.

“Apabila dia mendengar panggilan itu, dia dapat tahu oh! ini ibunya dan bapanya seterusnya segera mencari kami berdua,” katanya.



Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »