Shahid gementar berlakon dengan bapa



SHAHID pertama kali berlakon di samping bapanya, Pankaj Kapur dalam filem Shaandaar.

Aktor tampan, Shahid Kapoor, 34, mengaku gementar apabila pertama kali berlakon di samping bapanya, pelakon veteran, Pankaj Kapur dalam filem romantik komedi, Shaandaar.

Perasaan gementar tersebut bagaimanapun hilang selepas pasangan anak-beranak itu menikmati masa yang menyeronokkan di set penggambaran filem berkenaan.

“Mulanya saya sangat gementar untuk bekerjasama dengan bapa sendiri. Namun, bapa seorang yang baik dan banyak membantu supaya saya selesa dan rasa seronok di lokasi penggambaran.


“Dia (bapa) tidak meletakkan sebarang harapan tetapi ia suatu penghormatan yang besar buat saya apabila dapat bergandingan dengannya dalam sebuah filem,” ujar Shahid.

Selain bapanya, filem Shaandaar juga menggandingkan Shahid dengan adik tirinya, Sanah Kapoor yang pertama kali berlakon dalam filem Bollywood.

“Dia mempunyai bakat dan dunia harus melihatnya sebagai seorang pelakon. Sebagai abang, saya amat berbangga dengannya kerana dia berusaha keras untuk mendapatkan watak dalam filem ini,” jelas Shahid.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »