Katy Perry bangga gigi bersepah



PENYANYI popular Amerika Syarikat, Katy Perry rela untuk tidak memakai pendakap gigi kerana menyifatkan alat tersebut sebagai menyeksakan.

"Saya juga mahukan gigi saya sempurna," kata Katy Perry kepada InStyle.

Namun, penyanyi berumur 31 tahun berkenaan mengaku beliau akan gagal memberikan sebarang komitmen kepada pendakap gigi.


"Gigi yang tidak teratur ini bukti kecantikan saya. Ia seperti gurung-ganang!" jelas Katy Perry sambil tertawa.

Walaupun beliau tidak mengubah giginya, Katy Perry terkenal kerana sering bereksperimen dengan warna rambut dan warna persalinan ketika persembahan.

Ini terbukti melalui dalam satu siri jelajah terbarunya dimana beliau menyimpan lebih 275 persalinan untuk konsertnya.

Previous Post Next Post