Kevin Zahri Bersyukur Khatam Quran, Mahu Dalami Tafsir



Tahniah kami ucapkan kepada personaliti TV yang juga jurulatih dan perunding pemakanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri kerana telah berjaya khatam al-Quran selepas 2 tahun meneruskan bacaan. Berkongsi perkara tersebut di Facebook, ramai peminatnya turut berbangga dengan usaha gigihnya itu.

“Alhamdulillah. At almost 37 yers old, I finally managed to khatam Quran for the very 1st time. Ambil masa 2 tahun dgn kelas mengaji 2 kali seminggu. Jutaan terima kasih to Ustazah @shielaezan for getting me this far”


“Made it more special yang hari ini merupakan hari jadi ke 70 arwah ibu saya yang dah lama meninggal. Alhamdulillah #azam2015 #khatam. Insyallah tidak berakhir di sini. Sambung lagi minggu depan,” kongsi Kevin di laman sosial tersebut.

Selain itu, menurut Kevin melalui muatnaik di Facebook, dirinya tidak pernah putus asa untuk mempelajari al-Quran dan pertemuan bersama Ustazah Shiela Ezan pada 2011 membawa dirinya untuk kembali pada fitrah selain mula mengaji bermula dengan muqaddam semula.

Semoga perkongsian Kevin tersebut memberi motivasi dan juga pembakar semangat kepada peminat dan juga ramai lagi mereka di luar sana untuk terus berusaha mencapai impian. Kevin yang bersyukur dengan perkara tersebut kini mahu mendalami tafsir pula selepas ini.

Previous Post Next Post