Kim Soo Hyun Artis Korea Paling Berpengaruh Di China


Kim Soo Hyun tersenarai antara lima selebriti paling berpengaruh di China.

PELAKON terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun tersenarai sebagai lima figura paling berpengaruh dalam industri hiburan di China.

Korea Herald melaporkan Soo Hyun menjadi satu-satunya selebriti daripada Korea tersenarai disamping empat artis tempatan.


Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri My Love From The Star itu dipilih berdasarkan lima kategori iaitu perhatian media, pengaruh peminat, reputasi, liputan media dan impak keseluruhan.

Soo Hyun kini dilaporkan sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Real.

Previous Post Next Post