Lindsay Lohan kembali ke layar perak


AKTRES kontroversi, Lindsay Lohan dilaporkan telah kembali ke set penggambaran filem terbaharunya yang berjudul The Shadow Within.

Ia ekoran tindakan pelakon berusia 29 tahun itu yang memuat naik gambar terbaharu di laman Instagram rasminya baru-baru ini.

“Hari pertama di lokasi. Saya akan memuat naik gambar terbaharu karakter sepanjang minggu ini. Tunggu ya!” katanya menerusi laman tersebut.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lohan sekadar menghadiri beberapa program televisyen serta berlakon dalam filem pendek iaitu Till Human Voices Wake Us.

Kali terakhir dia terlibat dalam projek berskala besar ialah filem The Canyon pada dua tahun lepas.

Ia ekoran Lohan seringkali terlibat dalam kontroversi negatif seperti memandu di bawah pengaruh alkohol serta memasuki pusat pemulihan akhlak sebelum ini.

Previous Post Next Post