Park Jin Young Jadi Penasihat Kesihatan Suzy Miss A



PENYANYI dan juga pemilik syarikat JYP Entertaiment, Park Jin Young mengakui pernah menjadi pemberi nasihat berkaitan kesihatan kepada salah seorang anggota kumpulan miss A iaitu Suzy.

Park Jin Young yang popular dengan lagu Who's Your Mama itu sememangnya dikenali kerana terlalu mengambil berat soal kesihatan.


Dia turut mengaku terlalu mementingkan pola hidup sihat kepada beberapa artis di bawah naungannya termasuk kumpulan miss A.

"Saya pernah memberi khidmat nasihat kepada Suzy selama dua jam gara-gara dia sering sakit. Apa yang saya nasihat adalah untuk kepentingan diri mereka sendiri," ujarnya.

Previous Post Next Post