Umie Aida Jamin Suami Keluar Tahanan RM10,000



Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan pertuduhan dihadapi oleh suami Umie Aida yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.


Pelakon Datin Seri Umie Aida membayar jaminan manakala adik Chang membayar jaminan bagi pihak Chang. Mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan di Penjara Sungai Buloh lebih dua bulan. Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, Umie Aida berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini manakala Tun Mahathir yang turut hadir menyatakan bahawa keputusan yang dikeluarkan mahkamah itu akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.

Previous Post Next Post