Will Smith tak mahu cerai


WILL SMITH

Bukan sekali dua kisah rumah tangga Will Smith dan Jada Pinkett dilaporkan berantakan. Namun, setiap kali laporan mengenai hubungan rumah tangga pasangan selebriti itu goyah, Smith akan menafikannya. Selalu, aktor dan penyanyi itu menyatakan rumah tangga mereka harmoni.

Kini, nampaknya Smith sudah seperti tidak mampu berbohong lagi. Menerusi satu temu bual dengan program Entertainment Tonight, bintang filem After Earth itu mengaku rumah tangganya memang goyah.


Bagaimanapun, selama ini, dia dan isterinya berusaha menyelamatkan perkahwinan mereka dengan mengelak bercerai.

“Kami telah berkahwin untuk satu tempoh yang panjang iaitu 18 tahun. Banyak kesukaran yang kami lalui bersama selama menjadi suami-isteri. Kalau boleh, kami mahu mempertahankan rumah tangga ini. Kami tidak mahu perkahwinan ini berakhir," akui Smith.

Smith, 47, dan Jada, 44, berkahwin pada 1997. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jadden, 17, dan Willow, 15.

Previous Post Next Post