Amy Search harap Izwan mampu bimbing Nabila Huda


Nabila selemat majlis angkat nikah sebentar tadi.

BAPA kepada pelakon ternama, Nabila Huda yang juga rockers terkenal, Amy Search berharap suami anaknya itu mampu membimbing Nabila dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

"Saya berharap dia dapat menjaga Abil dengan baik seperti mana saya menjaganya. Semoga Izwan dapat membimbing Abil menjadi seorang isteri yang baik.

"Sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dengan tangan terbuka, saya menyambut baik kehadiran Izwan sebagai ahli baharu keluarga saya," katanya dipetik BH Online.

Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil selamat dinikahkan dengan lelaki pilihannya, Mohd Izwan Johar, 32, pagi tadi di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Amy turut menasihatkan puterinya itu menjadi isteri dan sempurna serta sabar menempuh dugaan perkahwinan.

Sementara itu, Mohd Izwan mengakui tertarik dengan sikap selamba dan santai aktres popular itu ketika bersamanya.

"Meskipun dikenali dengan kerjaya sebagai pelakon popular, namun dia (Nabila) adalah seorang yang rendah diri, penyayang dan bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, pada 2008 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »