Awie, Rozana diperintah fail hujahan bertulis



MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam menetapkan 18 Januari depan bagi penyanyi Rock Awie dan bekas isterinya Rozana Misbun memfailkan hujahan bertulis masing-masing berhubung bantahan tuntutan nafkah sementara (interim) dua anak mereka.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah ketika kes itu disebut dalam kamarnya.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Mohd Syafik Norizan yang mewakili Awie dan peguam Mohd Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 37, turut hadir pada prosiding berkenaan.


Sementara itu ketika ditemui pemberita, Afandi memberitahu, Rozana, 36, telah selesai memfailkan afidavit jawapan berhubung bantahan bekas suaminya.

Pada 21 Oktober lalu melalui peguamnya, bagi menuntut penyanyi itu membayar nafkah untuk perbelanjaan Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, yang kini berada dalam jagaan Rozana sementara tuntutan kes hadanah yang sedang berjalan di Mahkamah selesai.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »