Hanis Zalikha kini hamil empat bulan


Pendedahan mengenai berita gembira itu dikongsi oleh Hairul Azreen di laman Instagramnya semalam.

PASANGAN pelakon sama cantik sama padan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Pendedahan mengenai berita gembira itu dikongsi oleh Hairul Azreen di laman Instagramnya semalam.


“Dua tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang ALLAH makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam dan Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung empat bulan,” jelas Hairul di Instagram.

Hanis dan juga suaminya kini sedang mengerjakan umrah dan juga bulan madu bersama disana.

Pasangan ini disatukan pada bulan Mei yang lalu.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »