Kim Jung Eun Kahwin Mac 2016


AKTRES Kim Jung Eun dilaporkan bakal berkahwin pada Mac tahun depan dengan kekasihnya yang bekerja di syarikat pengurusan kewangan.

Menurut laporan Sports Seoul, Kim Jung yang kini berada di Amerika Syarikat sedang mencari lokasi untuk majlis perkahwinannya itu.


Difahamkan majlis perkahwinan tersebut akan dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri teman dan keluarga yang rapat sahaja.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu dan percintaan mereka mula dihebahkan kepada umum pada Jun lalu.

Previous Post Next Post