Marsha bakal akhiri zaman bujang Januari ini


PELAKON dan penyanyi, Marsha Milan Londoh, 30, mengakui bahawa dirinya akan mengakhiri zaman bujangnya pada Januari tahun depan.

Memetik laporan Berita Harian menyatakan, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu dan pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam, akan diraikan dalam majlis persandingan pada 8 Januari tahun depan.

"Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan yang tersebar itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar," katanya.


Marsha mengesahkan beliau akan mengadakan majlis resepsi pada tarikh terbabit di Hotel Majestic.

Bagaimanapun, acara berkenaan dilangsungkan secara tertutup.

Walaupun bukan lagi rahsia, Marsha bagaimanapun memilih untuk tidak menggembar-gemburkan percintaannya kali ini.

Sebelum ini, artis terbabit pernah dilaporkan menghadiri kursus perkahwinan, namun beliau menafikan cerita terbabit.

Previous Post Next Post