Nad Zainal & Muhammad Faliq Bergelar Suami-Isteri


Nad Zainal akhirnya berjelar isteri dengan Muhammad Faliq.

Pernikahan pelakon Nad Zanal dan pasangannya Muhammad Faliq Amirudin berlangsung sederhana dalam satu majlis yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam dekat sini pada Jumaat.

Nad tau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, selamat dinikahkan dengan Muhammad Faliq, 27, selepas solat Jumaat oleh bapa Nad sendiri iaiti Zainal Abidin Abu.


Nad dan Muhammad Faliq. FOTO: teddyfilm.co

Mas kahwin yang diberikan pengantin lelaki sebanyak RM350 namun wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan berkenaan seterusnya mengadakan majlis resepsi perkahwinan di tempat yang sama pada sebelah malam.

Antara artis yang kelihatan ialah Sarah Ali dan Jihan Muse.

Nad turut berkongsi gambar-gambar detik bersejarah itu menerusi Instagram miliknya.

Pelakon itu mempunyai lebih 600 pengikut di laman sosial berkenaan.

Previous Post Next Post