Nicolas Cage pulangkan tengkorak dinosaur berharga RM1.18 juta


AKTOR Hollywood dan pengumpul barangan eksotik, Nicolas Cage terpaksa memulangkan sebuah tengkorak dinosaur berharga AS$276,000 (RM1.18 juta) kepada kerajaan Mongolia.

Menurut NBC News, tengkorak dari dinosaur jenis Tyrannosaurus bataar didapati diseludup dari Mongolia sebelum dibeli Cage dalam satu acara lelongan di New York pada 2007.


Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagaimanapun menghubungi Cage dan memaklumkan mengenai penyeludupan tengkorak tersebut.

Cage yang bersetuju untuk memulangkan tengkorak tersebut walau bagaimanapun tidak akan didakwa atas sebarang kesalahan.

Difahamkan, Cage terpaksa bersaing dengan seorang lagi bintang popular, Leonardo DiCaprio ketika membida harga untuk tengkorak tersebut sebelum ini.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »