Pelakon Australia Rampas Anak Daripada Bekas Suami Ditahan Polis



Pelakon Australia Eliza Szonert yang merampas anaknya daripada bekas pasangannya berada dalam tahanan polis di Kuala Lumpur pada malam Isnin tetapi tidak ditahan secara rasmi, menurut laporan.

Ibu Szonert, Kay, mengesahkan bahawa pelakon berusia 42 tahun yang pernah membintangi siri Neighbours itu kini berada di sebuah balai polis di Kuala Lumpur untuk ditemubual mengenai tindakannya membawa lari anak lelakinya daripada bekas pasangannya yang juga bapa kepada kanak-kanak itu, ahli perniagaan Ashley Crick, pada 10 Disember lalu.

Kay, yang kini menjaga kanak-kanak itu berkata anak perempuannya itu telah menjangka akan disoal tetapi tidak pasti tentang berapa lama proses itu akan mengambil masa.

Dia berkata anak perempuannya itu berada di balai polis bersama peguamnya pada tengahari tetapi sehingga lewat Isnin, dia masih belum dibebaskan.


Menurut laporan itu, temubual dengan polis itu dipercayai berkaitan dengan tindakan merampas di mana polis bimbang ia boleh menjadi kes 'pengurungan secara salah'.

Eliza terkandas di Malaysia selepas merampas anak lelakinya daripada Crick di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Dia mendakwa Crick telah menahan pasportnya dan anaknya serta enggan menyerahkannya semula.

Crick kemudian membuat aduan kepada pihak polis Malaysia, yang sedang menyiasat kejadian melibatkan Eliza yang menggunakan dua lelaki gagah dari agensi pemulihan kanak-kanak dalam usaha untuk membawa lari anaknya.

Minggu lalu, Crick, 43, memberitahu media Australia bahawa dia telah memfailkan satu kenyataan dengan polis Malaysia selepas anaknya diculik ketika dia sedang bersarapan di sebuah restoran.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »