Raisa suka suara Afgan


Afgan dan Raisa.

Barangkali ramai yang tidak tahu yang Afgan dan Raisa pernah belajar di sekolah yang sama iaitu SMA 34 di Jakarta.

Meskipun satu sekolah dahulu, dua penyanyi itu tidak berkawan antara satu sama lain. Sebabnya, Afgan merupakan senior Raisa.

Malah, Raisa sendiri tidak pernah tahu yang seniornya itu memiliki suara yang memukau. Sehinggalah, Afgan muncul dengan album pertamanya yang berjudul Confession No.1 pada tahun 2008.


Sejak itu nama Afgan menjadi buah mulut semua pelajar termasuk Raisa.

“Ketika sama-sama bersekolah dahulu, saya tidak tahu Afgan boleh menyanyi. Bila dia mula menjadi penyanyi dan mengeluarkan album, satu sekolah menyebut namanya. Sedangkan ketika itu saya masih belum menjadi penyanyi. Suaranya (Afgan) sangat bagus dan saya menyukainya,” ujar Raisa.

Terbaharu, kedua-dua penyanyi ini dipertemukan dalam lagu duet yang berjudul Percayalah.

Previous Post Next Post