Selangor Akan Bincang Mengenai Pengharaman Vape


Kerajaan Selangor akan membincangkan sama ada mahu mengharamkan penggunaan vape di negeri itu selepas Johor dan Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, satu bengkel akan diadakan awal tahun depan untuk mengkaji dan membincangkan mengenai kesan vape.

"Bengkel itu akan melibatkan Kementerian Kesihatan, kumpulan anak muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneliti kesan kesihatan akibat menghisap vape.


"Kita akan melihat rumusan daripada bengkel tersebut sebelum membuat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Khamis.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mahu melaksanakan sebarang langkah secara drastik tanpa mendapatkan maklum balas daripada golongan profesional.

"Kita mahu mendengar pandangan mereka terlebih dahulu kerana kesihatan rakyat perlu diutamakan.

"Kita juga tidak mahu sebarang kesan sosial sekiranya perkara ini tidak ditangani sewajarnya," tambah Azmin.

Bengkel tersebut akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dr Daroyah Alwi.

Sedetik dalam makmal rokok seludup didedahkan di sini.



Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »