Selebriti Singapura Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Seks Luar Tabii, Ugut


Muhammad Mustaqim Juri

Bekas chef selebriti Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas dua pertuduhan iaitu persetubuhan di luar tabii dan membuat ugutan pada 10 Dis lalu.

Muhammad Mustaqim Juri, 38, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.

Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun, di rumah mangsa pada hari yang sama di Taman Cempaka Tampoi.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 April depan untuk sebutan semula kes.

Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Syeela Marlina Uttaman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Asram Zakaria.

Previous Post Next Post