Tertikam Sepupu Guna Keris Ketika Pertunjukan Silat


Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut ditikam sepupunya ketika mengadakan pertunjukkan silat pada satu majlis perkahwinan di Labuan pada Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Amil Zulkarnian sedang mengadakan pertunjukan silat menggunakan keris bersama sepupunya yang juga berusia 17 tahun di Kampung Patau-Patau.

Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Supritendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, mangsa maut selepas tikaman berkenaan terkena hatinya.

"Kami percaya suspek gagal mengawal langkahnya dengan baik dan menikam Amil secara tidak sengaja ketika sedang mengadakan pertunjukan silat pada majlis perkahwinan saudara mereka," katanya.


Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospiral pada pukul 1.30 tengah hari.

Mayat mangsa telah dituntut keluarga pada pagi Ahad untuk dikebumikan.

Suspek telah ditahan polis mengikut Seksyen 304(a) untuk siasatan lanjut.

Previous Post Next Post