Park Hae Jin Terima Bayaran RM38.64 Juta Sebagai Duta Produk


Park Hae Jin mewakili lebih daripada 15 produk sebagai duta dan mendapat bayaran keseluruhan berjumlah RM38.64 juta.

PELAKON Park Hae Jin dilaporkan menerima bayaran sejumlah AS$9.2 juta (RM38.64 juta) hasil daripada penglibatannya sebagai duta dan jurucakap lebih daripada 15 produk.

Korea Herald melaporkan Park baharu sahaja menandatangani perjanjian sebagai duta produk termasuk 7 Eleven, Beanpole dan Centerpole yang bernilai jutaan ringgit.

Dia juga baharu sahaja memperbaharui kontrak bersama Mind Bridge, Kohler Novita dan Lotte Duty Free.


Park menjadi pilihan syarikat-syarikat berkenaan kerana popularitinya yang bukan sahaja di Korea Selatan malah Jepun, China dan negara Asia lain.

Drama lakonan Park, Cheese in the Trap mendapat sambutan luar biasa sehinggakan 7 Eleven mengeluarkan rangkaian makanan segera berdasarkan peranannya sebagai Yoo Jung dalam drama bersiri berkenaan.

Produk berkenaan turut dipasarkan di China, Thailand, Taiwan dan Jepun.

Previous Post Next Post