Sifat dermawan Geun Young


SELAIN memiliki wajah yang comel, sebenarnya pelakon Moon Geun Young ini juga adalah seorang yang sangat prihatin dan berhati mulia.

Di Korea pelakon siri popular, Autumn In My Heart adalah antara selebriti yang popular yang telah berdaftar sebagai ahli yang membantu memberi sumbangan kepada pusat kebajikan di negara itu.


“Sebenarnya dia mula berjinak-jinak memberi sumbangan kepada yang memerlukan sejak dari bangku sekolah lagi di mana karier lakonannya bermula.

“Malah dia juga merupakan penderma terbesar di Community Chest of Korea,” kata sumber menerusi portal hiburan di Korea.

Previous Post Next Post