Angelina Jolie pernah tak mahu anak


Angelina Jolie

Bintang tersohor dunia, Angelina Jolie membuat pengakuan bahawa suatu dahulu, dia pernah berhasrat tidak mahu memiliki anak. Pengakuan tersebut dilakukan sewaktu ditemu bual Associated Press di Kemboja baru-baru ini.

“Rasanya aneh. Saya tidak pernah punya keinginan untuk mempunyai anak. Saya tidak pernah mahu hamil atau membesarkan anak. Saya juga tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang ibu,” akuinya.

Bagaimanapun kata isteri Brad Pitt itu, perasaan tersebut berubah selepas dia berada di Cambodia sewaktu menjalani penggambaran filem Tomb Rider. Pada waktu tersebut, dia baru berusia 20 tahun, tetapi saat melihat ramai kanak-kanak hidup melarat di negara tersebut, naluri kewanitaannya mula tersentuh.


“Selepas berada di Kemboja, saya baru sedar banyak nilai kehidupan terutama perasaan keprihatinan kepada kanak-kanak dan masyarakat sekeliling yang tidak diajar di sekolah. Pengalaman tersebut mengubah perspektif saya terhadap kehidupan,” akuinya.

Hal itu mendorong Jolie mengambil Maddox Jolie-Pitt sebagai anak angkat pertamanya dan dua lagi anak angkat iaitu Pax dan Zahara. Dia kemudian mula membina keluarga dan yakin untuk hamil sehingga melahirkan tiga orang anak iaitu Shiloh Jolie-Pitt dan si kembar Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt.

“Memiliki keluarga yang besar membuatkan impian kehidupan saya tercapai,” ujar Jolie.

Previous Post Next Post