Deepika dilamar Ryan Reynolds


Deepika Padukone

Nama aktres jelita Deepika Padukone menjadi antara jelitawan Bollywood yang paling laris ketika ini. Sejak berjaya menembusi Hollywood setelah digandingkan dengan Vin Diesel menerusi filem xXx: The Return of Xander Cage, Deepika terus menjadi buruan ramai aktor lain.

Baru-baru ini, bintang The Proposal, Ryan Reynolds meluahkan keinginannya untuk menjalin kerjasama dengan aktres filem Bajirao Mastani itu.


“Dia sangat menawan, kelakar dan bijak. Malah dia mempunyai karier yang sangat bagus, sebab itulah dia mempunyai ramai peminat. Daripada situ saya tahu mengapa dia seorang bintang yang hebat.

“Saya teringin untuk bekerja dengan dia suatu hari nanti,” ujarnya kepada Mumbai Mirror.

Deepika atau lebih mesra disapa Dippy kini sedang berada di Toronto, Kanada bagi menjalani penggambaran francais ketiga xXx: The Return of Xander Cage.

Previous Post Next Post