Fara Fauzana Saya tak pergi radio lain


PENYAMPAI radio terkenal, Fara Fauzana disahkan bakal meninggalkan Hot FM hujung bulan ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul pagi ini.

“Sebenarnya ini agak sukar untuk kita sendiri terima tapi pada penghujung Februari ini kita terpaksa akur dan terima keputusan Fara Fauzana untuk berhenti daripada Hot FM,” katanya.

Sementara itu Fara Fauzana menafikan keputusan itu dibuat kerana beralih arah kepada radio lain.


“Saya akan ke udara buat kali terakhir sehingga 26 Februari ini. Terima kasih semua. Saya minta maaf. Tidak, saya tidak pergi radio lain,” katanya.

Menjawab soalan rakan penyampainya, AG yang menyatakan kemungkinan Fara berhenti kerana mahu mendirikan rumah tangga, Fara berkata, “itu saya mahu anda terus doakan yang terbaik supaya ia menjadi kenyataan suatu hari nanti.”

Menurutnya lagi, sepanjang 10 tahun bersama Hot FM, dia mendapat kenangan yang cukup indah.

Sebelum itu, tiga lagi penyampai radio AG, Ikhwan dan Liza turut diumumkan bakal meninggalkan Hot FM untuk menyertai stesen baharu di bawah pengurusan Rangkaian Radio Media Prima.

Previous Post Next Post