Gambar Pra Perkahwinan Shahrol Shiro & Bakal Isteri



Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan juga pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Melalui perkongsian gambar di Instagram, Shahrol dan juga bakal isterinya, Nor Farhanan Syamimi.


Shahrol dan cinta hatinya bakal bernikah pada 18 Mac di Dewan Kampus Intan Wilayah. Majlis persandingan pihak perempuan akan dilangsungkan pada 19 Mac, sementara di sebelah lelaki akan diumumkan oleh Sharol pada bulan Julai.

Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar pra perkahwinan pasangan ini yang penuh romantis ala-ala cinta berputik di dapur begitu. Semoga segala persiapan pasangan ini menuju hari bahagia berjalan lancar.

Previous Post Next Post