Go Hyun Jung Pelakon TV Dengan Bayaran Tertinggi


Go Hyun Jung mendapat bayaran RM200,000 untuk satu episod menerusi drama bersiri Dear My Friends.

PELAKON Go Hyun Jung dilaporkan menerima bayaran lumayan bagi membintangi drama bersiri Dear My Friends yang bakal disiarkan pada Mei depan.

Soompi melaporkan Hyun Jung menerima bayaran sebanyak USD49,000 (RM200,000) untuk setiap episod drama bersiri berkenaan menjadikan dia pelakon TV dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan.


Dear My Friends adalah projek pertama Hyun Jung selepas berehat selama tiga tahun dan dia kali terkahir muncul dalam drama bersiri The Queen's Classroom.

Sebelum ini, aktres Kim Hye Soo memegang rekod sebagai pelakon TV dengan bayaran paling tinggi dalam sejarah televisyen negara itu apabila menerima USD45,000 (RM180,000) untuk satu episod menerusi Signal.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »