Hanis Zalikha tayang baby bump di Instagram


UMUM tahu bahawa pengacara terkenal, Hanis Zalikha isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, sedang mengandung anak pertama.

Menerusi perkongsian 'Baby Bump' di laman Instagram Hanis, sudah jelas kelihatan perutnya yang semakin membesar.

Jika mengira usia kandungannya sekarang, kira-kira dalam jangkaan enam bulan.


Manakala jantina kandungannya masih belum diberitahu.

Dalam pada itu, gambar berkenaan turut dibanjiri kata-kata semangat dan doa buat Hanis agar selamat melahirkan anak sulungnya nanti.

Hanis dan Hairul sah bergelar pasangan suami isteri pada 5 Jun 2015.

Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga Hanis di Bukit Jelutong, selepas solat Jumaat.

Previous Post Next Post