Zizie Izzatte Jangan cakap akak tak jaga abang Bung



ISTERI kepada Datuk Bung Moktar Radin iaitu Zizie Ezette, menerusi Instagramnya menafikan 'cakap-cakap' yang mengatakan bahawa beliau mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri tatkala suaminya Bung Moktar kini sedang sakit.

Katanya, bukan semua perkara boleh di kongsi dimedia sosial, kerana ada ketikanya 'biarlah hanya Tuhan sahaja yang tahu'.

"Jangan cakap akak tak jaga suami, ada benda tak perlulah nak dipost, kalau tak post bukan tak sayang, dan jangan cari dosa," tulis Zizie.




Dalam pada itu, Zizie juga telah memuat naik gambar juadah asam pedas untuk dihantar kepada Bung.

"Asam pedas Sabah style! Satu bergaram dan bergula, satu lagi kurang garam tiada gula. Faham-fahamlah orang baru nak sihat ini semua kena dikurang-kurangkan. Kasih sayang saja yang bertambah," ujarnya.

Bung Moktar kini dilaporkan semakin pulih setelah menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Previous Post Next Post