Janna Nick: Saya tak setanding Ayda Jebat


Sidang media pelancaran single Mungkin Saja, di Ruang Shah Alam.

AKTRES yang sedang meningkat naik, Janna Nick menafikan pembabitannya dalam bidang muzik adalah untuk menandingi pelakon dan penyanyi Ayda Jebat seperti tanggapan beberapa pihak.

Menurut bintang drama Kau, Aku Kita ini, tujuannya tampil dalam bidang nyanyian adalah untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam industri hiburan.

“Saya tidak setanding Ayda Jebat dan tidak layak pun untuk bertanding dengannya lagi pun tujuan saya cuba bidang ini bukan untuk bersaing malah saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing.


“Tujuan saya ke arah nyanyian ini adalah mahu belajar dan mencari sesuatu yang dekat dengan jiwa dan bukannya kerana tamak atau menandingi sesiapa.

“Impian saya untuk menjadi seorang penghibur, jadi saya tidak mahu menghadkan karier hanya dalam lakonan semata-mata. Untuk ke arah itu, saya perlu mencuba pelbagai cabang dalam industri hiburan seperti berlakon, menyanyi, mengacara dan sebagainya,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Mungkin Saja, sebentar tadi di Ruang Shah Alam.


Previous Post Next Post