Johan, Ayda Jebat ungguli #AME2016


Johan dan Ayda Jebat.

POPULARITI dua selebriti, Johan dan Ayda Jebat dalam kalangan peminatnya tidak dapat disangkal apabila sekali lagi 'menyapu bersih' lima kategori di kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, semalam.

Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim membawa pulang trofi bagi kategori Penyampai Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP dan Top Top MeleTOP (Lelaki).

Pelakon Ayda yang dikenali menerusi lagu Siapa Diriku pula diumumkan sebagai pemenang kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Drama MeleTOP dan Top Top MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, kedua-duanya membawa pulang RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kali ini, AME 2016 bertemakan ‘Glamour Futuristic’ seterusnya tagline ‘Satu Malam, Seribu Senyuman’ yang mana ia bukan sekadar mengiktiraf selebriti tempatan bahkan prihatin membantu masyarakat.

AME 2016 dihoskan empat selebriti hebat iaitu Nabil Ahmad, Neelofa, Datuk AC Mizal dan Jihan Muse.


Berikut adalah senarai penuh pemenang AME 2016:

TOP TOP MELETOP (LELAKI)

Johan

TOP TOP MELETOP (WANITA)

Ayda Jebat

DRAMA MELETOP

M.A.I.D

ARTIS LAWAK MELETOP

Johan

HOS MELETOP

Datuk AC Mizal

PELAKON MELETOP

Ayda Jebat

PROGRAM MELETOP

Gegar Vaganza 2015

LAGU MELETOP

Ayda Jebat - Siapa Diriku

PENYANYI MELETOP

Ayda Jebat



GRUP/DUO MELETOP

Akim & The Majistret

PENYAMPAI RADIO MELETOP

Johan

PROGRAM RADIO MELETOP

JoHaRa Pagi Era

FILEM MELETOP

Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP

Zizan Razak

ARTIS BAHARU MELETOP

Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP

Datuk Siti Nurhaliza

COUPLE MELETOP

Johan & Ozlynn

Previous Post Next Post