Nasha Aziz konvoi dengan siapa?


NASHA AZIZ

LAMA sungguh Mizz Lahar tak dengar cerita tentang seorang aktres cantik jelita, Nasha Aziz. Lama juga kelibat Nasha tidak kelihatan di kaca televisyen dan filem, teater atau majlis hiburan. Tak tahulah kenapa, mungkin Nasha sendiri memilih jalan hidup yang begitu.

Apa lagi yang Nasha mahukan, segalanya sudah ada dalam genggaman barangkali. Cuma, mungkin juga ada tertanya-tanya ke mana Nasha menghilang atau sedang sibuk dengan apakah Nasha sekarang. Mungkin bagi wartawan generasi baharu, Nasha agak sukar diselami, tetapi percayalah, Mizz Lahar kenal wartawan-wartawan senior yang cukup akrab dengan Nasha. Cuma macam Nasha juga, wartawan senior pun ada misterinya bila nak diajak bercerita tentang Nasha.

Suatu hari, Mizz Lahar dapat panggilan daripada Cik Lala Malariver yang hobinya suka berjalan malam, bila hari dah nak Subuh barulah dia teringat nak balik rumah. Biasalah, bila melepak, perut mula meminta-minta untuk disumbat walaupun sudah pukul 3 pagi.


Sebelum sampai ke rumah, Cik Lala pun singgah di sebuah makanan segera di Ampang untuk menyumbat perut kosongnya. Tanpa disangka, dia terpandang seorang wanita cantik yang keluar daripada sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki berhampiran parkir di situ. Tengok punya perhati, rupa-rupanya Nasha Aziz. Hampir terloncat juga Cik Lala hendak menyapa Nasha yang kebetulan depan mata. Belum sempat nak buat apa-apa, Nasha terus meluru ke kereta dan memulakan perjalanan. Kereta yang dipandu lelaki tadi pun konvoi bersama Nash. Pukul 3 pagi tau!

Persoalannya siapa lelaki yang bersama Nasha itu? Mizz Lahar harap dia akan konvoi di belakang kereta Nasha sampailah ke rumah.

Sekarang banyak jenayah di jalan raya, apatah lagi wanita secantik Nasha bawa kereta solo malam-malam sepi. Ngeri.

MIZZ LAHAR: Mengulang tengok filem Cinta Kita lakonan Sofia Jane di kaca televisyen, artis dahulu ternyata lebih seksi dan berani berbanding artis sekarang.

Previous Post Next Post