Norman janji majukan industri kreatif tempatan


PRESIDEN Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim menyifatkan pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun ke-85 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai satu penghormatan bagi dirinya sebagai anak seni.

Ujar Norman, pengurniaan ini memberikan lebih semangat kepadanya untuk bekerja lebih baik lagi bagi memajukan industri kreatif tempatan.

“Pertama sekali saya bersyukur dengan dan saya turut berterima kasih kepada Sultan Ahmad Shah atas pengurniaan darjah tersebut.

“Pengurniaan ini menjadi pencetus semangat kepada saya untuk memajukan industri kreatif.


“Saya juga berhasrat mengembangkan pembangunan industri kreatif di Pahang pula selepas ini.

“Selain itu, saya kini merancang untuk mengembangkan sekolah vokasional yang diasaskan ke peringkat negeri. Setakat ini sekolah terbabit sudah mempunyai kira-kira 500 orang pelajar,” ujarnya kepada Zass.

Tambah Norman, dia mengetahui mengenai pengurniaan darjah ini sejak Oktober tahun lalu.

Turut menerima pengurniaan darjah tersebut adalah Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd Datuk Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil dan Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Datuk Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac.

Previous Post Next Post