Pelakon Zack Taipan masuk hospital


Zack Kool ketika melawat Zack Taipan di hospital, hari ini.

PELAKON, Zack Taipan yang terkenal dengan watak gengsternya dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Ampang semalam dipercayai akibat diserang angin ahmar.

Rakan pelakonnya, Zack Kool berkongsi gambar Zack Taipan ataupun nama sebenarnya Zulkifli Isa, 52 ketika melawatnya di hospital, pagi tadi.


“ALLAH mempermudah segala urusan, dipercepatkan sembuh dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT hendaknya. Amin. Tingkat 6 wad 6B,” tulisnya dengan memuat naik dua keping gambar.

Berita itu turut dimaklumkan melalui laman Facebook Persatuan Seniman.

Zack Taipan banyak berlakon dalam filem-filem tempatan seperti KL Gangster 2, Cicak Man 2, Castelo, Gangster, Paloh dan banyak lagi.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »