Rihanna Pecahkan Rekod Dipegang Michael Jackson


Single terbaharu Rihanna berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100 sekaligus memecah rekod mendiang Michael Jackson.

PENYANYI Rihanna berjaya memecahkan rekod Raja Pop, Michael Jackson apabila single terbaharunya berjudul Work menduduki tangga pertama carta Billboard 100.

Billboard melaporkan, Work kolaborasi bersama Drake adalah single ke-14, penyanyi itu berjaya menjuarai carta berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Michael.

Rihanna kini menjadi artis keempat dengan jumlah single nombor satu terbanyak di Amerika Syarikat manakala kumpulan The Beatles masih mengungguli rekod dengan 20 single nombor satu, Mariah Carey (18) dan Elvis Presley (17).


Work adalah single kedua kolaborasi Rihanna bersama Drake yang berjaya menduduki tangga teratas carta berkenaan dan sebelum ini pernah bekerjasama menerusi lagu What's My Name? pada 2010.

Ia adalah single pertama daripada album terbaharunya berjudul ANTI.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »