Siaran Langsung Anugerah Akademi ke-88 Di HBO


Leonardo DiCaprio antara calon yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi Anugerah Akademi ke-88 pada tahun ini.

Majlis Anugerah Akademi ke-88 akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada Isnin, 29 Februari ini.

Terdahulu penonton berpeluang melihat gaya selebriti terkenal Hollywood di permaidani merah menerusi program Oscars Red Carpet Live pada pukul 8 pagi hari sama.

Anugerah Akademi ke-88 yang bermula pada pukul 9.30 pagi turut boleh ditonton secara langsung menerusi Astro On The Go selain Astro On Demand.


Tambah manis, Anugerah Akademi pada tahun ini turut diserikan dengan kemunculan Datuk Aznil Nawawi yang akan membuat temubual bersama selebriti Hollywood langsung dari karpet merah acara itu.

Krew media sosial HBO Asia dan hos Janet Hsieh turut melaporkan secara langsung termasuk temubual belakang artis dan rakaman eksklusif.

Anugerah Akademi pada tahun ini dihoskan oleh Chris Rock.

Previous Post Next Post