Yatt Hamzah Mula Edar Kad Jemputan Kahwin


Yatt Hamzah menamatkan zaman jandanya pada 27 Februari ini.

Desas-desus berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.

Dalam jemputan berkenaan, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.



Kad jemputan yang diedar Yatt Hamzah.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, kira-kira pukul 8 pagi sementara jamuan untuk tetamu akan diadakan pada 12 tengah hari.

Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.

Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »