Zizan Nin Redha Bercerai, Anggap Ketentuan Tuhan


Dalam diam, rupa-rupanya pelakon, Zizan Nin sudah bercerai dengan isterinya, Fazilah Hani Harun yang juga merupakan seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.

“Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini. Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih”


“Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Perkara sudah jadi. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir,” jelasnya kepada Harian Metro.

Zizan Nin dan Fazilah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010. Mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama. Apa pun semoga Zizan dan juga bekas isteri tabah menghadapi dugaan.

Previous Post Next Post